BATERI KERETA


Bateri kereta, salah satu komponen utama dan penting pada sesebuah kenderaan. Ianya diumpamakan sebagai komponen pemula untuk memulakan kenderaan. Tanpanya tiadalah permulaan bagi sesebuah kenderaan.

Bateri automotif adalah dalam kategori rechargeable battery. Walaupun ianya adalah sejenis komponen pakai & buang, namun ianya boleh dicas berkali-kali selagi mana dalam lingkungan jangka hayatnya yang tersendiri. 

Apakah Fungsi Utama Bateri Kereta


Secara asasnya, bateri kereta bertujuan untuk memulakan kenderaan. Ianya diperlukan sebagai permulaan sistem. Salah satunya sebagai permulaan ignition (pencucuhan) dan yang terpenting sekali untuk memulakan starter motor pada enjin.

Semasa enjin diengkol oleh starter motor, sejumlah arus elektrik setinggi 200 ke 300 ampere diperlukan. Arus elektrik setinggi ini tidak akan dapat diperolehi tanpa bantuan dan sokongan dari sebuah bateri. Ianya diibaratkan bank penyimpanan kuasa untuk kegunaan kemudian.

Semua komponen-komponen elektrik dan elektronik kenderaan menerima sejumlah bekalan tenaga elektrik dari bateri . Tanpa bateri, kenderaan anda tidak akan bermula. 

Namun setelah enjin dihidupkan, alternator pula akan mengambil alih fungsi bateri bagi membekalkan tenaga elektrik yang berterusan pada kenderaan.

Free Maintenance Battery

Alternator kenderaan anda sebenarnya menghasilkan arus elektrik ulang alik (AC), namun kemudiannya ditukarkan kepada arus elektrik arus terus (DC) oleh sejumlah diodes binaan dalam, di dalam alternator itu sendiri.

Walaupun diodes menukarkan arus AC kepada DC, namun voltan yang terhasil boleh berbeza-beza. Disinilah bateri kereta memainkan peranannya. 

Bateri akan menyerap perbezaan voltan yang terhasil lalu menyediakan sumber tenaga elektrik arus terus (DC) yang stabil untuk keseluruhan sistem elektrik kenderaan.



Jenis-Jenis Bateri Kereta


Bateri kereta dapat dibahagikan kepada dua jenis yang utama :

1. Low Maintenance Battery

2. Free Maintenance Battery
  

Low Maintenance Battery adalah sejenis bateri rechargeable kategori sel basah. Bateri ini digunakan dengan meluas dalam industri automotif. Bateri jenis ini perlu diperiksa dan diselenggara secara berkala. Paras elektrolit (air bateri) perlu sentiasa diperiksa dan diperhatikan. 

Bateri jenis ini akan membebaskan gas hidrogen semasa unit beroperasi. Gas-gas tersebut akan dilepaskan melalui air vent pada penutup sel-sel bateri. Oleh yang demikian bateri ini memerlukan ruang pengudaraan yang mencukupi.

Less Maintenance Battery
foto : thenewstrans

Free Maintenance Battery pula adalah bateri rechargeable kategori VRLA (valve-regulated lead-acid battery). Bateri jenis ini juga dipanggil sebagai bateri SLA (sealed lead-acid battery). 

Tiada gas hidrogen yang dibebaskan oleh bateri VRLA. Ianya selamat diletakkan pada ruang yang tidak mempunyai sebarang pengudaraan.

Free Maintenance VRLA Battery

Jangka hayat bateri automotif secara purata boleh mencecah 3 ke 4 tahun. Namun terdapat juga dalam kes-kes tertentu jangka hayatnya adalah lebih rendah dari 3 tahun. 

Terdapat juga sesetengah pendapat yang mengatakan jangka hayat bateri Low Maintenance adalah lebih lama berbanding bateri Free Maintenance

Harga bateri Low Maintenance juga sedikit murah berbanding bateri Free Maintenance.


Saiz Kumpulan Bateri Kereta


Bateri kereta mempunyai saiz kumpulan yang tertentu. Ianya perlu diketahui agar anda dapat memilih bateri yang betul dan tepat untuk kenderaan anda. 

Ianya berkaitan saiz kumpulan fizikal bateri, Amp Hours (AH), Cranking Amps (CA), Cold Cranking Amps (CCA) dan juga Reserve Capacity (RC).

Perkara pertama yang perlu diperhatikan ialah bentuk fizikal bateri. Adakah bateri kenderaan anda bersaiz kecil, sederhana ataupun besar. Tentukan lebar, ketinggian, ketebalan dan kedudukan terminal.



Kedudukan terminal positif dan negatif perlu diperhatikan agar anda tidak tersilap membuat pemilihan atau pembelian. Perhatikan perbezaan kedudukan terminal seperti contoh kedua-dua gambar dibawah ini. 


Free Maintenance Battery
foto : euronanoforum2007


Free Maintenance Battery
foto : samsclub



Faktor pemilihan bateri yang seterusnya adalah Amp Hours (AH). Spesifikasi ini menunjukkan ukuran kapasiti simpanan kuasa. Ianya bermaksud berapa banyakkah tenaga yang dapat disimpan oleh bateri tersebut.

Faktor seterusnya pula ialah Cranking Amps (CA). Spesifikasi ini menentukan berapa banyakkah kuasa yang dikeluarkan untuk mengengkol enjin dalam kebanyakan situasi iklim.

Faktor seterusnya lagi ialah Cold Cranking Amps (CCA). Spesifikasi ini menunjukkan mengenai output kuasa yang dikeluarkan bateri semasa mengengkol enjin di musim sejuk. 

Teorinya begini, semakin sejuk iklim persekitaran, maka semakin banyak tenaga yang diperlukan untuk mengengkol enjin.

Faktor pemilihan yang terakhir ialah Reserve Capacity (RC). Spesifikasi ini menunjukkan berapa lamakah bateri mampu bertahan dalam tempoh masa yang panjang. 

Sebagai contoh, charging system (alternator) kereta anda tidak berfungsi. Maka pada waktu tersebut hanya bateri sahaja yang dapat membekalkan sumber tenaga sementara, tanpa sokongan utama dari alternator.

Reserve Capasity (RC) sebagai contoh ditentukan dalam unit minit. Sebuah bateri ditandakan dengan Reserve Capasity 100 minit. 

Ini bermakna tanpa sokongan utama dari alternator, bateri tersebut dapat membekalkan tenaga berterusan selama 100 minit sehinggalah kuasanya benar-benar kehabisan.

Baca : Kereta Lumba





Tanda-Tanda Kerosakan Bateri Kereta



  1. Semasa anda start (mengengkol enjin), engine cranking adalah perlahan dan lebih masa diperlukan untuk menghidupkan enjin.
  2. Check Engine Light (lampu enjin) tiba-tiba menyala. Sesetengah kenderaan moden telah diprogramkan untuk mengesan sebarang penyusutan voltan sistem.
  3. Bateri kereta kelihatan seperti bengkak ataupun kembung.
  4. Bateri anda telah berusia lebih dari tiga tahun.
  5. Pada suatu hari anda start (mengengkol) dan ianya tiada apa-apa masalah tetapi tidak pula pada keesokan harinya.
  6. Bateri berbau pelik. Bahagian dalaman bateri kemungkinan berlakunya litar pintas (short circuit).
  7. Anda secara tidak sengaja terlupa menutup (off) sebarang peralatan atau komponen berasaskan elektrik di dalam kereta. Namun situasi sebegini tidak menyebabkan bateri menjadi rosak, bateri anda cuma akan kehabisan cas sahaja.

  

















































0 Komen untuk "BATERI KERETA"

Back To Top