KENALI TANDA DRIVE SHAFT ROSAK


Apakah tanda drive shaft rosak ; suatu pertanyaan yang sering ditanya oleh kebanyakan orang. Namun sebelum itu mari kita mengenali dahulu apakah drive shaft dan apakah fungsinya. 

Drive shaft atau dalam Bahasa Melayunya aci pemacu adalah komponen kenderaan yang tergolong dalam kategori drivetrain system.

Aci pemacu adalah merupakan komponen yang menghubungkan kuasa dari enjin ke tayar kenderaan. Sekiranya aci pemacu rosak atau bermasalah, beberapa simptom akan dapat diketahui.

Lebih buruk lagi dalam sesetengah situasi, ianya boleh menyebabkan kenderaan terus berhenti, langsung tidak bergerak, walaupun enjin masih hidup.

Baca : Jangan Tersilap Memilih Minyak Gearbox Manual


Tanda Aci Pemacu Rosak
foto : amazon




Apakah Tanda Drive Shaft Rosak


Binaan asas aci pemacu terbahagi kepada beberapa bahagian. Pada kedua-dua hujungnya dibina dengan CV Joint (Constant Velocity Joint). Pada satu hujung ianya disebut sebagai Inner CV Joint, manakala pada satu hujung lagi ianya disebut sebagai Outer CV Joint.

Baca : 6 Jenis Tayar Kereta Wajib Diketahui

Kedua-dua CV Joint ini dihubungkan oleh satu shaft (aci). Pada setiap CV Joint pula ditutupi oleh rubber boot yang bertindak sebagai pelindung bahan cemar.

Constant Velocity Joint Aci Pemacu
Gambaran animasi CV Joint
foto : wikipedia

Inner CV Joint dihubungkan ke gearbox kenderaan. Manakala Outer CV Joint pula dihubungkan ke knuckle roda. Di dalam setiap CV Joint terdapatnya minyak gris yang berfungsi sebagai pelinciran utama.

Rubber boot pula berfungsi sebagai pelindung bahan cemar. Rubber boot juga berfungsi untuk mengekalkan kandungan minyak gris yang berpanjangan di dalam CV Joint.


Boot Kit Aci Pemacu
Drive shaft boot kit
foto : amazon


Berikut disenaraikan beberapa tanda drive shaft rosak :

  • Semasa membelok kenderaan (terutama pusingan U) sama ada ke kiri atau ke kanan, akan kedengaran bunyi ketekk..ketekk..ketekk terutama pada bahagian tayar hadapan. Terkadang juga ianya mengeluarkan bunyi seperti krukk..krakk..krukk..krakk ataupun tukk..tukk..tukk terutama semasa membelok. Bunyi ini terjadi semasa membelok sahaja, tetapi apabila anda memandu di jalan yang lurus bunyi tersebut akan hilang. Kebiasaannya bunyi ini menunjukkan Outer CV Joint yang bermasalah.
  • Semasa anda menekan pedal minyak untuk pikap mula (dari berhenti ke bergerak), kenderaan akan terasa bergegar, terutama pada bahagian hadapan. Ini pula kebiasaannya menunjukkan Inner CV Joint yang bermasalah.
  • Jika shaft aci pemacu bengkok (mungkin disebabkan kemalangan atau perlanggaran) kenderaan akan terasa bergegar apabila dipandu mencapai kelajuan tertentu. 


Tips Melambatkan Tanda Drive Shaft Rosak


  • Semasa mengambil selekoh, hindari perbuatan membelasah kenderaan.
  • Sentiasa memastikan rubber boot dalam keadaan baik. Jika didapati rubber boot pecah atau terkoyak, tukar dengan segera. Ini akan memanjangkan lagi jangka hayat Inner & Outer CV Joint. 













































1 Komen untuk "KENALI TANDA DRIVE SHAFT ROSAK"

Salam,keta citra saya pun ada bunyi tek2,kdg tuk2 bkn saja waktu membelok tp time mula nk start pickup pun ada bunyi.
Lower arm,link,bush stabilizer ngan tie rod end dah pernah tukar.
Adakah outer cv joint? Rack end? Atau mounting absorber? Nk kata ball joint,dh sekali tkr ngan lower arm. Bunyi di kedua belah tyr dpn,tp kiri lbh kuat dan kerap bunyi.

Back To Top