ENJIN OVERHEAT - AMARAN PENTING UNTUK ANDA KETAHUI


Enjin overheat ; tentu ada dikalangan anda tahu atau pernah tahu mengenai masalah enjin kereta overheat.

Enjin terlalu panas (engine overheat) adalah suatu masalah di mana sistem penyejukan enjin telah gagal berfungsi dengan baik.

Terdapat bermacam-macam punca yang boleh membawa kepada masalah temperature kereta naik. Kebiasaannya seperti kipas radiator tidak berpusing, masalah radiator bocor, masalah radiator tersumbat, masalah thermostat dan bermacam-macam lagi.

Adakalanya juga enjin terlalu panas disebabkan masalah water pump, masalah drive belt, hos radiator bocor, masalah wiring, masalah relay rosak, masalah fan motor dan juga bermacam-macam lagi.

Seringkali juga masalah ini akan menyebabkan air radiator tendang masuk ke spare tank.



Enjin Overheat - Apakah Amaran Perlu Diketahui


Apabila sistem penyejukan enjin bermasalah, maka kesannya suhu operasi normal enjin tidak dapat dikekalkan. Suhu operasi normal bagi kebanyakkan enjin adalah sekitar 70 ke 80 darjah celsius.

Pada kali ini kami di Teratak Info ingin berkongsi sedikit pengalaman kami mengenai masalah enjin overheat.

Apabila suhu operasi normal enjin tidak dapat dikekalkan, maka suhu enjin akan meningkat sedikit demi sedikit hinggalah suhu enjin akan menjadi terlalu panas.

Inilah yang dimaksudkan dengan istilah overheat bagi kereta. Berikut adalah gambaran ringkas sistem penyejukan enjin.


  


Masalah enjin overheat boleh disebabkan oleh beberapa faktor, contohnya :
  1. Air di dalam radiator kurang atau tiada langsung.
  2. Kipas penyejuk radiator rosak atau gagal berfungsi dengan baik.
  3. Motor kipas rosak atau bermasalah.
  4. Masalah wiring, relay atau coolant temperature switch.
  5. Radiator bocor.
  6. Radiator tersumbat.
  7. Hos-hos getah berkaitan cooling system pecah atau bocor.
  8. Thermostat yang bermasalah.
  9. Drive belt kendur, rosak atau putus.
  10. Water pump bocor, rosak atau tidak berfungsi.
  11. Core plugs bocor.
  12. Laluan air (coolant) di dalam enjin yang tersumbat.

Masalah enjin terlalu panas kebiasaannya dapat dikenali dengan dua petunjuk :

  1. Tolok suhu enjin menunjukkan ke arah 'HOT'.
  2. Enjin tiba-tiba terasa seperti berat, seperti semput-semput, enjin mati tiba-tiba dan kadangkala keluar kepulan asap putih dari ruang enjin.

Enjin Terlalu Panas
foto : flickr , rafaelmarquez

Apa yang perlu dilakukan jika enjin kereta tiba-tiba terlalu panas tanpa disedari?? Sekiranya anda mengesan masalah ini, berhentikan segera kenderaan di tepi jalan.

Jangan teruskan perjalanan, tunggu dahulu dan jangan berbuat apa-apa. Jika terdapat kepulan asap putih dari enjin, tunggu dahulu sehingga asap tersebut benar-benar hilang.

Satu amalan kebiasaan yang sering dilihat pada sesetengah orang, apabila enjin overheat secara tiba-tiba, maka mereka merasakan adalah amat penting pada waktu itu juga, air perlu ditambah segera ke dalam radiator bagi meredakan kepanasan enjin (jika ianya berpunca dari kekurangan air).

Kami menyarankan jangan anda berbuat sedemikian.

Baca : 6 Jenis Tayar Kereta Wajib Diketahui

Tidak semua masalah enjin terlalu panas berpunca dari kurangnya air di dalam radiator. Kemungkinan juga ianya berpunca dari kipas penyejuk radiator yang bermasalah, atau mungkin juga thermostat yang bermasalah, atau mungkin juga disebabkan oleh faktor-faktor yang lain.

Namun sekiranya anda mendapati ianya adalah disebabkan kurangnya air atau air tiada langsung, anda perlu baca dan fahami apa yang ingin kami sampaikan disini.

Baiklah, sebelum itu harus diingatkan, jangan sekali-kali anda cuba untuk membuka radiator cap pada enjin yang sedang panas. Perbuatan membuka radiator cap pada enjin yang sedang panas adalah sangat-sangat merbahaya dan boleh mendatangkan kecederaan.


Radiator Cap

Terdapat sesetengah orang yang terus menambah air ke dalam radiator sekiranya mereka mendapati kandungan air didalam radiator tidak mencukupi.

Mereka melakukan perbuatan ini semasa enjin masih panas (kesan dari overheat) dengan beranggapan enjin yang terlalu panas perlu disejukkan kembali dengan seberapa segera.

Kami tidak menyarankan sama sekali perbuatan seperti ini....MENGAPA???

Enjin kereta anda terdiri daripada pelbagai jenis logam. Antaranya logam jenis cast iron alloy, aluminium alloy dan graphite cast iron.

Sekiranya enjin yang terlalu panas terjadi akibat kekurangan air didalam cooling system, atau disebabkan tiada air langsung, ini akan menyebabkan logam-logam tersebut menjadi sangat panas.

Jika logam-logam yang sangat panas secara tiba-tiba bertemu dengan air sejuk yang anda tambahkan di radiator, ianya boleh mengakibatkan suatu tindak balas yang mengejut terhadap logam-logam tersebut.

Kesannya kemungkinan logam-logam tersebut akan mengalami sedikit perubahan fizikal.


Kepala Silinder

Silinder Blok


Sekiranya bahagian-bahagian enjin yang sangat panas (terutama head atau block) secara tiba-tiba bertemu dengan air sejuk, kemungkinan suatu masalah akan terjadi.

Head atau block mungkin mengalami suatu kejadian yang biasa dipanggil sebagai 'meleding' atau 'melengkung'.

Perhatikan keadaan permukaan head dan permukaan block seperti dalam gambar diatas. Kedua-duanya mesti mempunyai permukaan yang sangat rata.

Jika air sejuk bertemu secara tiba-tiba pada permukaan tersebut yang sangat panas (kesan dari enjin overheat), permukaan yang rata tersebut berkemungkinan boleh sedikit meleding atau melengkung.


Namun istilah meleding ataupun melengkung bukanlah merupakan perubahan fizikal yang jelas sekali pada pandangan mata kasar. Ianya mungkin hanya melibatkan perbezaan bacaan diantara 0.5mm ke 1.0mm sahaja.

Walaupun jarak meleding ataupun melengkung tersebut sangat kecil, namun ianya boleh memberikan impak yang besar kepada enjin anda.

Diantara kesan-kesan yang mungkin berlaku pada masa-masa mendatang ialah terjadinya suatu kejadian yang sering disebut sebagai 'minyak enjin bercampur dengan air'.


Water In The Engine Oil
foto : ar15

Maka oleh sebab itulah kami sangat-sangat menyarankan sekiranya kereta anda mengalami masalah enjin overheat secara tiba-tiba, yang berpunca dari air radiator yang kurang ataupun tiada langsung, maka jangan tambahkan air sejuk secara serta merta ke dalam radiator.

Kaedah yang terbaik adalah menunggu dahulu sehingga enjin benar-benar sejuk, kemudian baharulah selepas itu anda menambahkan kembali air yang baharu ke dalam radiator.

Namun sekiranya anda tidak sanggup untuk menunggu berjam-jam sehingga enjin benar-benar sejuk, ada satu skill yang agak popular dikalangan segelintir orang.

Tambahkan air dari luar yang sedang panas ke dalam radiator. Ini adalah kerana bahagian-bahagian dalaman enjin yang sedang panas (kesan dari overheat) jika bertemu dengan air yang sedang panas juga, maka tidak akan jadi apa-apa.

Panas bertemu panas no problem, yang problemnya jika panas bertemu sejuk.

































  















2 Komen untuk "ENJIN OVERHEAT - AMARAN PENTING UNTUK ANDA KETAHUI"

Apakah tindakan seterusnya apabila kereta overhead, samaada tukar injin atau tukar head atau macamana. Sila oerjelaskan cara untuk mengatasi OVERHEAD

Biasanya kalau baru lepas jadi enjin overheat, kita tunggu dan lihat dulu. Mungkin seminggu, dua minggu atau lebih lama. Kalau xde apa2 masalah, maknanya enjin masih ok. Masalah boleh dikesan jika nampak air sudah bercampur minyak enjin ataupun sebaliknya, ataupun masih juga lagi terjadi masalah enjin overheat di hari2 mendatang.

Back To Top