SEJARAH PENCIPTAAN KERETA


Sejarah penciptaan kereta ; siapa yang tidak kenal dengan kereta? Sebuah mesin yang dikenali tidak kira tua muda, besar kecil mahupun kanak-kanak dan dewasa.

Nama-nama besar seperti Karl Benz adalah sangat rapat dengan landskap sejarah automotif dunia. Sejarah juga menceritakan kereta pertama di Malaysia rupa-rupanya berasal dari negeri Perak. Maka tidak hairanlah nombor pendaftaran kenderaan di Perak bermula dengan huruf A.

Mari kita menyingkap sedikit asal usul, susur galur sebuah mesin yang menakjubkan ini.

1. Pada tahun 1769 kereta yang pertama telah berjaya dicipta oleh Nicolas Joseph Cugnot. Kereta ciptaan beliau dikuasakan oleh enjin stim ataupun juga turut dikenali sebagai enjin pembakaran luar. 

Enjin pembakaran luar bermaksud bahan api dibakar diluar silinder enjin. Sebagai contoh bahan api yang digunakan ialah arang batu.

Kenderaan Enjin Stim Nicolas Joseph Cugnot

2. Pada tahun 1807 Francois Isaac de Rivaz telah berjaya mencipta kereta enjin pembakaran dalam pertama dengan menggunakan bahan api hidrogen. Enjin pembakaran dalam bermaksud bahan api dibakar didalam silinder enjin.

Kenderaan Berenjin Francois Isaac de Rivaz

3. Pada tahun 1864 Siegfried Marcus telah berjaya mencipta enjin pembakaran dalam pertama dengan menggunakan bahan api petrol.


Tugu Pencipta Kenderaan Petrol Siegfried Marcus

4. Pada tahun 1886 Karl Benz telah mereka, membina dan membangunkan kereta praktikal pertama yang dikuasakan oleh enjin pembakaran dalam.


Kenderaan Praktikal Pertama Karl Benz

 

Jenis-Jenis Kereta


1. Sedan

Kenderaan Sedan

2. Hatchback

Kenderaan Hatchback

3. SUV

Kenderaan SUV

4. MPV

Kenderaan MPV




5. Convertible

Kenderaan Convertible
6. Coupe

Kenderaan Coupe
7. Hybrid

Kenderaan Hybrid
8. Van

Kenderaan Van
9. Wagon

Kenderaan Wagon
10. Luxury

Kenderaan Luxury
11. Jeep

Kenderaan Jeep
12. Offroad & 4x4

Kenderaan Offroad & 4x4


Kereta NGV


Kereta NGV adalah kenderaan berenjin pembakaran dalam konvensional. Perbezaan yang ketara, kereta NGV menggunakan bahan api gas asli (natural gas) dan bukannya petrol.

Perkataan NGV itu sendiri adalah singkatan bagi perkataan Natural Gas Vehicle (kenderaan gas asli).

Bagi kenderaan yang asalnya berenjin petrol, maka sedikit pengubahsuaian perlu dilakukan untuk menyesuaikannya dengan sistem NGV.

Kebiasaannya harga bahan api gas asli adalah lebih murah berbanding petrol. Selain dari itu juga kenderaan NGV adalah lebih bersih dan kurang pencemaran bagi pelepasan gas ekzos.

Kesan positif pembakaran bahan api yang lebih bersih telah menyebabkan kenderaan NGV kurang penyelenggaraan bagi penukaran minyak enjin.

Kenderaan NGV




Kenderaan NGV


Kereta Hybrid


Seringkali juga ramai yang tersilap anggap dengan mengatakan kenderaan hybrid adalah kenderaan elektrik. Ini adalah suatu fakta yang salah. Kenderaan hybrid sebenarnya adalah sejenis kenderaan yang dipacu lebih daripada satu enjin penggerak.

Seperti mana juga kenderaan konvensional, kenderaan hybrid juga mempunyai enjin pembakaran dalam yang biasa kita ketahui.

Baca : Apakah Sebab Lampu Enjin Menyala

Namun walau bagaimanapun, kenderaan hybrid turut dipacu motor elektrik. Motor elektrik memperoleh sumber tenaga daripada bateri yang didatangkan bersama-sama kenderaan.

Gabungan enjin konvensional dan motor elektrik telah menyebabkan kenderaan hybrid dijual dengan harga yang lebih tinggi berbanding kenderaan biasa.

Kenderaan Hybrid

Enjin Kenderaan Hybrid
Skema Operasi Kenderaan Hybrid

Kereta Elektrik


Sesuai dengan namanya, kereta elektrik adalah sejenis kenderaan yang digerakkan oleh motor elektrik.

Kenderaan ini memperoleh bekalan tenaga elektrik daripada bateri. Kebiasaanya bateri yang digunakan adalah dari jenis rechargeable. Apabila bateri telah kekurangan kuasa, ianya boleh dicaskan kembali.

Kenderaan Elektrik

Kenderaan Elektrik








Senarai-Senarai Kereta Buatan Malaysia Sehingga 2015/2016


Berikut disenaraikan kereta-kereta buatan Malaysia yang bersumberkan dari blog Azlan Rumadi. Anda boleh search internet bagi melihat sendiri gambar-gambar model kereta yang berkaitan.

Memang sengaja admin tidak menyertakan gambar-gambar model kereta yang disenaraikan ini, kerana ianya hanya akan melambatkan loading blog..huhu.

[sumber,sumber]

 

Buatan Proton


 1. Proton Saga
 2. Proton Saga Aeroback
 3. Proton Saga Magma
 4. Proton Saga MegaValve
 5. Proton Saga Iswara
 6. Proton Saga LMST
 7. Proton Wira
 8. Proton Wira Aeroback
 9. Proton Wira SE
10. Proton Satria
11. Proton Satria GTi
12. Proton Perdana
13. Proton Perdana V6
14. Proton Putra
15. Proton Tiara
16. Proton Waja
17. Proton Juara
18. Proton Arena
19. Proton Gen-2
20. Proton Pesona
21. Proton Savvy
22. Proton Satria Neo
23. Proton Satria Neo CPS
24. Proton Pesona SV
25. Proton Saga BLM
26. Proton Saga FL
27. Proton Saga FLX
28. Proton Exora
29. Proton Inspira
30. Proton Preve
31. Proton Suprima S
32. Proton Iriz
33. Proton Perdana PRM


 Buatan Perodua


 1. Perodua Kancil
 2. Perodua Rusa
 3. Perodua Kembara
 4. Perodua Kenari
 5. Perodua Kelisa
 6. Perodua Myvi Generasi Pertama
 7. Perodua Viva
 8. Perodua Nautica
 9. Perodua Alza
10. Perodua Myvi Generasi Kedua
11. Perodua Axia
12. Perodua Bezza














































Tag : Information
0 Komen untuk "SEJARAH PENCIPTAAN KERETA"

Back To Top