Alternator, salah satu nadi utama sesebuah kenderaan. Tanpanya kenderaan akan kehilangan sumber penjana elektrik. Tanpanya kenderaan akan pincang.
Ianya terletak di suatu sisi pada enjin dan ianya digerakkan oleh drive belt yang juga dikenali sebagai serpentine belt. Cara kerja asasnya adalah mudah. Alternator menukarkan tenaga mekanikal dari pusingan enjin ke tenaga elektrik.
Fungsi Utama Alternator
Alternator berfungsi sebagai penjana tenaga elektrik pada kenderaan. Fungsi asasnya adalah hampir sama seperti dinamo mahupun generator. Fungsi utamanya adalah membekalkan tenaga elektrik secara berterusan kepada semua komponen-komponen elektrik dan elektronik kenderaan.
Daripada sekecil-kecil komponen hinggalah sebesar-besar komponen, kesemuanya memperoleh bekalan tenaga elektrik yang berterusan dari alternator.
Untuk menjana tenaga elektrik, janakuasa kecil ini perlu sentiasa berpusing, dan pusingan tersebut diperoleh daripada pusingan enjin.
Mungkin ada yang mengatakan bahawa bateri yang bertanggungjawab untuk membekalkan sumber tenaga elektrik kepada kenderaan. Ini adalah suatu pengetahuan yang salah.
Bukan bateri sebenarnya, namun alternatorlah yang berfungsi untuk membekalkan sumber tenaga elektrik kepada kenderaan.
Ya, memang benar bateri juga berfungsi untuk membekalkan sumber tenaga elektrik kepada kenderaan. Namun proses ini hanya terjadi semasa enjin kereta tidak dalam keadaan hidup.
Apabila enjin telah dihidupkan, maka tanggungjawab utama untuk membekalkan sumber tenaga elektrik akan diambil alih sepenuhnya oleh janakuasa kecil ini.
Baca : Bateri Kereta
Apabila enjin telah dihidupkan, semua komponen-komponen berasaskan elektrik akan memperoleh sumber tenaga elektrik yang berterusan dari janakuasa kecil ini.
Semasa enjin tidak dihidupkan, sebagai contoh anda sedang mendengar radio, pada masa tersebut bateri akan membekalkan sumber elektrik kepada radio anda.
Apabila enjin telah hidup, maka secara serta merta peranan bateri untuk membekalkan elektrik akan diambil alih oleh alternator pula.
Selain berfungsi sebagai janakuasa elektrik, penjanakuasa kecil ini juga turut berfungsi untuk mengecas bateri. Apabila enjin telah dihidupkan, penjanakuasa kecil ini akan secara berterusan mengecas bateri selagi mana enjin masih hidup.
Ini untuk memastikan agar bateri sentiasa berada didalam keadaan charge penuh.
Tanda-Tanda Kegagalan Alternator
Lampu gambar bateri pada meter tidak padam apabila enjin telah dihidupkan. Lampu gambar bateri tersebut bukanlah berfungsi untuk memberitahu anda mengenai keadaan bateri, tetapi sebenarnya ia berfungsi untuk memberitahu anda tentang keadaan fungsi charging system kereta.
Apabila enjin telah dihidupkan dan lampu gambar bateri tersebut tidak padam, ini menunjukkan charging system kereta anda bermasalah. Berkemungkinan besar ianya berpunca dari masalah janakuasa kecil kereta anda.

Charging Indicator Light |
Jika kereta bergerak pada waktu malam, anda akan mulai perasan lampu besar hadapan akan menjadi malap. Beberapa komponen utama yang dikuasakan oleh elektrik akan mulai bermasalah.
Anda mungkin mendapati power window bergerak agak perlahan daripada kebiasaan.
Terdapat bunyi yang pelik dari bahagian enjin. Kedengarannya seperti bunyi sesuatu yang menjerit. Hal ini adalah disebabkan belting yang menghubungkan pulley crankshaft dan alternator telah kendur.
Jika dibiarkan berterusan ianya akan menyebabkan output alternator terganggu.
Jika dibiarkan berterusan ianya akan menyebabkan output alternator terganggu.
Bateri kereta menjadi kong.. Sebagai contoh pada waktu pagi kereta langsung tidak dapat dihidupkan. Starter pada enjin tidak berfungsi. Starter tidak berfungsi mungkin diakibatkan oleh bateri yang weak.
Bateri yang weak pula berkemungkinan daripada charging system yang bermasalah. Charging system yang bermasalah pula berkemungkinan berpunca daripada kegagalan fungsi alternator.
Baca : Apakah Sebab Lampu Enjin Menyala (Check Engine Light)

Semasa anda menggunakan pelbagai komponen atau peralatan berasaskan elektrik, lampu gambar bateri di dalam meter tiba-tiba menyala. Sebagai contoh anda sedang bergerak di waktu malam, sudah tentu lampu besar utama akan dihidupkan.
Dalam pada masa yang sama juga anda mendengar radio yang bersama-samanya juga dikuasakan oleh power amp. Secara tiba-tiba lampu gambar bateri menyala. Ini juga merupakan salah satu petanda bahawa alternator anda sudah bermasalah.

Cara Asas Menguji Fungsi Alternator
Terdapat satu cara yang mudah untuk menguji alternator. Apa yang anda perlukan hanyalah sebuah multimeter. Lebih mudah sekiranya ia adalah multimeter digital.
Mula-mula anda setkan dahulu multimeter kepada voltan DC (direct current). Ini adalah kerana alternator mengeluarkan output dalam bentuk voltan arus terus (DC).
Hidupkan enjin kereta. Minta bantuan seseorang untuk menekan pedal pendikit minyak. Sementara anda pula berada di luar dan berdiri berhampiran bateri kereta.
Sentuhkan probe merah multimeter ke terminal positif bateri, manakala probe hitam pula sentuhkan ke terminal negatif bateri.
Hidupkan lampu besar utama. Minta rakan anda yang berada didalam kereta untuk maintain pedal pendikit minyak pada kelajuan enjin 2000rpm.
Lihat bacaan multimeter. Bacaan sepatutnya berada dalam lingkungan 13 ke 14 volt. Sekiranya bacaan berada lebih rendah daripada 13 volt, sebagai contoh bacaan 12.6 volt, ini menunjukkan alternator anda sudah bermasalah dan perlu diperbaiki.
Alternator Overcharging
Alternator overcharging adalah merupakan salah satu masalah yang boleh terjadi. Walau bagaimanapun masalah overcharging agak jarang berlaku, tetapi tidak bermakna ianya tidak berlaku.
Masalah overcharging mungkin berpunca dari kegagalan fungsi alternator itu sendiri. Kemungkinan ianya berpunca dari voltage regulator binaan dalam yang bermasalah.
Alternator Voltage Regulator foto : sumber |
Masalah overcharging dapat dikenalpasti dengan menggunakan multimeter. Apabila anda menguji bacaan voltan pada terminal bateri (enjin perlu dihidupkan), anda akan mendapati bacaan multimeter adalah lebih tinggi daripada 14 volt.
Maintain kelajuan enjin pada 2000 rpm. Sebagai contoh anda mendapati bacaan adalah 18 volt.
Maintain kelajuan enjin pada 2000 rpm. Sebagai contoh anda mendapati bacaan adalah 18 volt.
Jika bacaan lebih tinggi daripada 14 volt, maka masalah overcharging telah berlaku. Ianya merbahaya untuk komponen-komponen berasaskan elektrik dan elektronik pada kereta. Charging system kereta anda perlu segera diperbaiki.
Bagi anda yang menggunakan bateri less maintenance (bateri air). Masalah overcharging juga dapat dikenalpasti dengan melihat kandungan elektrolit di dalam bateri.
Anda akan mendapati kandungan elektrolit susut dengan agak cepat daripada kebiasaan.
Anda akan mendapati kandungan elektrolit susut dengan agak cepat daripada kebiasaan.
Selain dari itu juga, anda mungkin sering terbau sesuatu yang tengit dari bahagian enjin apabila kereta dalam keadaan hidup. Bau tengit tersebut datangnya daripada gas hidrogen yang terhasil dari dalam bateri.
Akibat overcharging gas hidrogen yang terhasil menjadi amat banyak dan akan mengeluarkan bau tengit yang kuat.
PESANAN :
Admin tidak menggalakkan anda untuk menguji fungsi alternator dengan kaedah membuka terminal negatif bateri semasa enjin masih hidup. Kaedah ini boleh mengakibatkan voltage spike yang boleh membawa kepada kerosakan komponen-komponen elektrik dan elektronik kereta.

Less Maintenance Battery |
1 Komen untuk "ALTERNATOR"
Dulu saya pernah mengalami air betery cepat kering...baru lah saya tau sekarang ...punca nya alternator overcharging.