APAKAH SEBAB LAMPU ENJIN MENYALA


Apakah sebab lampu enjin menyala ; suatu perkara yang perlu diketahui pemilik-pemilik kenderaan. Adakalanya ia disebut juga sebagai Malfunction Indicator Light (MIL), lampu check engine, lampu perkataan check engine atau lampu gambar (imej) enjin. Kesemuanya adalah merujuk kepada maksud dan tujuan yang sama.

Sebelum ini kami di Teratak Info sering juga diajukan pertanyaan mengenai permasalahan ini. Mungkin ramai juga yang ingin mengetahui dan mempelajari. Di kesempatan ini ingin kami kongsikan bersama-sama serba sedikit ilmu, pengetahuan dan pengalaman yang dimiliki.

Lampu Check Engine Menyala

Diantara permasalahan yang sering menjadi tanda tanya bagi sesetengah pemilik kenderaan ; kenapa lampu check engine menyala, apakah penyebab lampu check engine menyala dan kenapa lampu check engine menyala terus??

Kami di Teratak Info akan cuba memberi sedikit penerangan mengenai permasalahan ini. Suka juga untuk diingatkan bahawa permasalahan berkenaan lampu check engine hanya melibatkan kenderaan-kenderaan EFI (Electronic Fuel Injection) dan bukanlah melibatkan kenderaan-kenderaan berenjin karburetor.


Lampu Enjin Menyala (Check Engine Light)



Bermula daripada beberapa dekad yang lalu, komputer telah diperkenalkan ke atas kenderaan. Komputer digunakan untuk mengatur dan mengawal campuran bahan api, menentukan ignition timing, mengatur charging system, mengawal  emission system dan lain-lain.

Penggunaan kenderaan tanpa kawalan komputer semakin hari semakin ditinggalkan. Ini adalah kerana kenderaan yang dikawal oleh komputer adalah berkali-kali ganda lebih cekap dan efficient berbanding kenderaan tanpa kawalan komputer (sebagai contoh, kenderaan berkaburetor).


Enjin Suntikan Bahan Api Elektronik

Sistem Suntikan Bahan Api Elektronik
foto : thinglink

Lampu enjin menyala ataupun lampu check engine adalah merupakan sebahagian daripada sistem diagnostik kenderaan (on-board diagnostics)..(disebut juga dengan OBD). Ianya adalah suatu istilah automotif merujuk kepada keupayaan self-diagnostic and reporting capability kenderaan.

Komputer enjin ( lebih dikenali sebagai ECU : Engine Control Unit / Electronic Control Unit ) digunakan untuk mengawal pelbagai fungsi dan sistem pada kenderaan. 

Diantaranya ECU mengawal campuran bahan api, menentukan ignition timing, mengawal emission system, mengawal kelajuan melahu (idle), memantau voltan dan suhu bateri, mengawal charging rate dan bermacam-macam lagi.

Baca : 6 Jenis Tayar Kereta Wajib Diketahui

Lampu enjin menyala adalah untuk menunjukkan terdapat sebarang masalah atau kejanggalan telah dikesan sama ada pada enjin, transmisi ataupun kawalan emission system kenderaan.

Apabila ECU mengesan sebarang masalah atau kejanggalan pada kawalan sistem elektronik kenderaan, pertama sekali ECU akan cuba untuk mengatasinya dengan melakukan pelarasan-pelarasan tertentu sesuai dengan perimeter yang telah diprogramkan padanya. 


Unit Kawalan Enjin
Engine Control Unit (ECU)

Namun sekiranya ECU gagal untuk mengatasi masalah atau kejanggalan yang telah dikesan, maka secara automatik ECU akan mengaktifkan lampu check engine pada meter paparan pemandu. Bersama-samanya juga ECU akan menyimpan Diagnostic Trouble Code (DTC) yang tertentu dan menyimpan kod tersebut di dalam memorinya.

Dengan menghubungkan Scan Tool tertentu ke ECU, maka pemandu ataupun mekanik dapat mengetahui Diagnostic Trouble Code yang disimpan dan seterusnya dapat melakukan servis dan pembaikan secara lebih tepat dan terperinci.


Alat Pengimbas Scan Tool Kenderaan
Automotive Scan Tool
foto : ebay



Penyebab Lampu Enjin Menyala (Check Engine Light)


Terdapat bermacam-macam penyebab yang akan mengaktifkan lampu check engine. Namun tahap-tahap keseriusan sesuatu masalah adalah berbeza-beza. 

Bermula daripada semudah soket wayar yang hanya tercabut hinggalah ke engine misfiring, kesemuanya sangat berkemungkinan akan mengaktifkan  Malfunction Indicator Light pada kenderaan.

Baca : Shock Absorber Minyak vs Shock Absorber Gas

Tahap-tahap keseriusan sesuatu masalah adakalanya dapat dinilai daripada corak kelipan lampu enjin itu sendiri. Namun kami di Teratak Info hanya memberikan informasi secara umum sahaja. Informasi yang lebih tepat adalah berbeza-beza diantara pengeluar-pengeluar kenderaan.

  1. Lampu enjin yang menyala atau berkelip sekali-sekala sahaja : keadaan ini memang menunjukkan wujud masalah. Namun sekiranya didapati kenderaan tidak mengalami sebarang kejanggalan prestasi, maka ia biasanya adalah masalah yang tidak mendesak atau bersifat sementara. Apabila anda mempunyai masa dan kelapangan bawalah kenderaan untuk diperiksa.
  2. Lampu enjin yang menyala terus : keadaan ini pula terbahagi kepada dua situasi. Pertama, sekiranya kenderaan tidak mengalami sebarang kejanggalan prestasi, maka kebiasaannya ia adalah masalah yang tidak mendesak. Apabila anda mempunyai masa dan kelapangan bawalah kenderaan untuk diperiksa. Kedua, sekiranya kenderaan mula menunjukkan kejanggalan prestasi, maka ianya perlu diperiksa dan diperbaiki dengan segera.
  3. Lampu enjin berwarna kuning atau merah berkelip tidak henti-henti : situasi sebegini kebiasaannya menunjukkan masalah yang lebih serius. Kenderaan perlu diperiksa dan diperbaiki secepat mungkin.

Penyebab Paling Biasa Lampu Enjin Menyala


Berikut disenaraikan beberapa penyebab paling biasa yang akan mengaktifkan Malfunction Indicator Light pada kenderaan. Namun ini hanyalah informasi umum semata-mata dan ia tidak semestinya betul dan tepat dalam pelbagai situasi. Walau bagaimanapun diagnosis tepat hanya dapat diketahui dengan menghubungkan scan tool ke kenderaan.

















  




















0 Komen untuk "APAKAH SEBAB LAMPU ENJIN MENYALA"

Back To Top