PUNCA BATERI KERETA MELETUP


Apakah punca bateri kereta meletup ; suatu pertanyaan yang agak janggal untuk difahami. Betul ke bateri kereta boleh meletup?? 

Ya, memang benar, bukan setakat bateri kereta kong sahaja yang biasa terjadi tetapi bateri juga memang boleh meletup sekiranya tidak dikendalikan dengan betul.

Dunia automotif kebiasaannya menggunakan salah satu daripada dua jenis bateri. Pertama low maintenance battery dan kedua free maintenance battery.

Untuk memilih bateri kereta terbaik adalah terpulang kepada pilihan anda kerana kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.


Car Battery



Apakah Punca Bateri Kereta Meletup


Semasa enjin kereta dalam keadaan hidup, tidak mengira sama ada kereta berhenti di lampu isyarat, semasa anda dalam perjalanan ataupun sebagainya, bateri kereta akan melalui proses dicas (cas masuk) sepanjang masa.

Selagi mana enjin dalam keadaan hidup, maka selagi itulah bateri akan dicas secara berterusan. Komponen pada kereta yang berfungsi untuk mengecas bateri adalah dipanggil alternator.


Pengulangalik
foto : ebay

Semasa bateri dalam keadaan masuk cas, terdapat perubahan kimia yang berlaku di dalam bateri. Salah satu diantaranya adalah terhasilnya gas hidrogen semasa bateri dalam keadaan masuk cas.

Gas-gas hidrogen yang terhasil akan dilepaskan secara perlahan-lahan melalui air vent pada penutup-penutup sel bateri (khas untuk low maintenance battery sahaja).

Caps Pelepasan Bateri
foto : reblingplastics

Gas hidrogen adalah merupakan gas yang amat mudah terbakar. Apa yang ingin kami khabarkan adalah merupakan pengalaman sebenar yang pernah diceritakan oleh seorang rakan mekanik kepada kami suatu ketika dahulu.

Pada suatu ketika dahulu mereka pernah membaiki sebuah kereta yang mengalami masalah kepala bateri longgar. 

Kepala bateri yang longgar telah menyebabkan adakalanya kelihatan 'electric spark' pada permukaan kepala bateri yang longgar tersebut.

Baca : Jangan Tersilap Memilih Minyak Gearbox Manual

Buat pengetahuan semua juga, sewaktu kisah ini diceritakan, bateri yang digunakan pada kereta tersebut adalah dari jenis low maintenance battery (biasa disebut sebagai bateri air / bateri basah).

Kebetulan juga kereta yang ingin diperbaiki turut mengalami masalah semput.

Rakan mekanik kami membuat keputusan untuk memperbaiki masalah semput terlebih dahulu, kemudian baharulah masalah kepala bateri yang longgar pula akan diperbaiki.


Pengapit Terminal Bateri

Untuk membaiki masalah semput, enjin kereta perlu dalam keadaan hidup, untuk mempermudahkan kerja-kerja pembaikan dilakukan. Semasa kerja-kerja pembaikan mengenai semput sedang dilakukan, terkadang sekali sekala dapat didengar bunyi-bunyi 'electric spark' daripada kepala bateri yang longgar tadi.

Seperti yang telah kita ketahui, bateri kereta yang sedang dalam keadaan masuk cas (kerana enjin sedang hidup) akan menghasilkan gas hidrogen.

Gas hidrogen yang terhasil akan dilepaskan secara perlahan-lahan melalui air vent yang terdapat pada setiap penutup-penutup sel bateri.


Maka dengan tidak semena-mena gas hidrogen yang terhasil telah terbakar dan menjadi punca bateri kereta meletup, kesan daripada 'electric spark' pada kepala bateri sebelum ini.

Letupan yang kuat tersebut telah menyebabkan bateri pecah berkecai pada bahagian penutup (cover) atasnya.

Exploded Car Battery
Gambar contoh
foto : rayvaughan

Walaupun cover atas bateri telah pecah berkecai, namun rakan mekanik kami amat-amat bersyukur kerana beliau tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Begitulah serba sedikit pengalaman yang pernah kami lalui bersama-sama rakan mekanik yang lain. Maka oleh itu kesimpulan yang dapat diambil daripada kisah ini ialah :

  1. Gas hidrogen dari dalam bateri sangat-sangat mudah terbakar.
  2. Sekiranya enjin kereta dalam keadaan hidup, maka jangan sekali-kali terdapat sebarang sumber api yang berdekatan dengan bateri. Sebagai contoh api daripada 'lighter', api daripada rokok dan juga sebarang sumber api daripada 'electric spark'.





















0 Komen untuk "PUNCA BATERI KERETA MELETUP"

Back To Top