11 TANDA LOWER ARM ROSAK PERLU DIKETAHUI


Apakah tanda lower arm rosak ; suatu pertanyaan yang sering ditanya oleh kebanyakan pemilik kenderaan. Namun sebelum kita berbicara lebih jauh, ada baiknya kita mengenali dahulu apakah lower arm berserta fungsinya.

Lower arm adalah komponen kenderaan yang tergolong dalam kategori suspension system. Ianya berada dalam kategori yang sama bersama-sama dengan tayar, shock absorber, spring dan linkages.

Kami di Teratak Info pernah diajukan pertanyaan mengenai cara tukar lower arm depan dan juga cara tukar bush lower arm. Sebenarnya ia bukanlah suatu proses yang agak sukar, namun memerlukan beberapa peralatan khusus dan kemahiran-kemahiran tertentu.

Mempelajari Tanda Lower Arm Rosak
foto : flickr

Fungsi utama lower arm adalah untuk menyambung sistem suspensi ke kerangka utama kenderaan. Kebiasaanya ia bersambung ke kerangka kenderaan melalui komponen yang dipanggil bushing.

Sementara itu pula ia bertemu dengan sistem suspensi melalui penyambungan sesendi bola (ball joint). Ini bagi membolehkan kenderaan untuk membelok roda tayar.



Pelajari Tanda Lower Arm Rosak
foto : ebay


Kenali 11 Tanda Lower Arm Rosak Atau Bermasalah


  1. Semasa kenderaan bergerak keluar bunyi eekkk..ookkk..eekkk..ookkk terutama pada bahagian tayar hadapan.
  2. Stereng tak balanced di jalan yang lurus, kenderaan secara sendiri lari ke kanan atau ke kiri tanpa diarahkan.
  3. Apabila kenderaan melalui jalan yang tidak sekata akan keluar bunyi kukk..kukk..kukk atau ketakk..ketakk..ketakk pada bahagian tayar hadapan.
  4. Semasa menekan pedal minyak untuk pick-up atau memecut selepas lampu isyarat hijau, kenderaan terasa tertarik sebelah.
  5. Selepas buat alignment, stereng masih tak balanced terutama di jalan yang lurus. Ini juga adalah salah satu tanda lower arm rosak atau bermasalah.
  6. Semasa bonet hadapan dihenjut turun naik, keluar bunyi disekitar bawah kenderaan terutama tayar hadapan.
  7. Semasa membelok ke kanan, tiba-tiba stereng tertarik ke kiri dengan sendiri. Semasa membelok ke kiri, tiba-tiba stereng tertarik ke kanan dengan sendiri juga.
  8. Kadar kehausan tayar tidak sekata dan seragam (tayar makan sebelah).
  9. Semasa memandu stereng dirasakan bergegar dan bergetar.
  10. Keluar bunyi pada tayar hadapan terutama semasa membrek, lebih-lebih lagi jika brek secara mengejut.
  11. Semasa membelok, stereng dirasakan tak sama berat dan balanced. Sebagai contoh, pusingan ke kiri dirasakan lebih berat dari pusingan ke kanan dan begitulah sebaliknya.


Kesan Jangkamasa Pendek dan Panjang Tanda Lower Arm Rosak

.
  • Tiada kestabilan dan keselesaan pemanduan.
  • Stereng kenderaan agak sukar dikawal, lari ke kanan, lari ke kiri, sebagai contoh di jalan yang lurus.
  • Sekiranya ball joint mulai rosak, kemudian dibiarkan berpanjangan, berkemungkinan ianya boleh tercabut dan menyebabkan kemalangan.
  • Proses alignment kenderaan tidak akan berjaya dilakukan.

Video Proses Penukaran Lower Arm











0 Komen untuk "11 TANDA LOWER ARM ROSAK PERLU DIKETAHUI"

Back To Top