KENAPA LAMPU AMARAN TEKANAN MINYAK ENJIN MENYALA


Kenapa lampu amaran tekanan minyak enjin menyala ; suatu pertanyaan adakalanya membelenggu pemilik kenderaan. Ehh..ehh..selalunya bila enjin dah hidup, lampu minyak enjin menyala akan padam dengan sendiri. Kenapa pulak sekarang tak mahu padam??

Oil pressure gauge tergolong dalam kategori sistem pelinciran. Ianya merupakan salah satu simbol pada meter kereta. Simbol-simbol asas yang lain termasuk juga tolok bahan bakar, tolok suhu enjin, tolok charging system dan juga lampu amaran enjin (lampu check enjin). 

Sebarang kejanggalan pada sistem pelinciran tidak boleh dipandang enteng oleh pemilik kenderaan. Ini adalah kerana sebarang masalah pada sistem pelinciran boleh mendatangkan risiko kerosakan yang besar kepada kenderaan.


Apakah Lampu Amaran Tekanan Minyak Enjin


Fungsi utama oil pressure gauge adalah untuk memberitahu pemandu mengenai kondisi sistem pelinciran. Fungsi normalnya adalah mudah. Semasa suis ignition dihidupkan, lampu oil pressure gauge akan menyala. Apabila enjin telah hidup sepenuhnya, secara automatik lampu ini akan padam dengan sendirinya. Ini adalah keadaan operasi normalnya.


Konsol Meter Dashboard Lampu Amaran Tekanan Minyak Enjin

Lampu Amaran Tekanan Minyak Enjin Volkswagen
foto : volkswagen

Namun bagaimana pula sekiranya lampu amaran tekanan minyak enjin tidak padam-padam setelah enjin dihidupkan??

Namun bagaimana pula sekiranya secara tiba-tiba lampu ini menyala, sedangkan pada masa itu anda dalam perjalanan ke sesuatu destinasi.

Jawapannya, berhentikan kenderaan secepat mungkin dan matikan enjin secepat mungkin...MENGAPA???


Oil pressure gauge adalah merupakan salah satu simbol pada meter kereta yang sangat penting. Kebiasaannya ia berperanan sebagai penunjuk operasi normal sistem pelinciran. Namun adakalanya juga ia bertindak seumpama sistem pemberitahuan awal kepada potensi-potensi risiko kerosakan serius yang mungkin berlaku.

Terdapat dua jenis tolok tekanan minyak enjin yang lazim digunakan pada kenderaan. Pertama dari jenis tolok lampu dan kedua dari jenis tolok tekanan.


Tolok Lampu Amaran Tekanan Minyak Enjin Volkswagen
Tolok Lampu
foto : volkswagen

Tolok Amaran Tekanan Minyak Enjin FW Murphy
Tolok Tekanan
foto : wikimedia

Pesanan penting kami kepada semua, sekiranya secara tiba-tiba lampu amaran tekanan minyak enjin menyala, ataupun selepas enjin dihidupkan lampu ini tak mahu padam-padam, jangan teruskan perjalanan dan jangan biarkan enjin terus hidup. 

Berhentikan kenderaan di tempat yang selamat, atau matikan enjin dengan segera. Hubungi mekanik anda untuk pemeriksaan lanjut. Tindakan pantas anda boleh menyelamatkan kenderaan daripada mengalami kerosakan yang lebih serius dan merugikan.



Penyebab Biasa Lampu Amaran Tekanan Minyak Enjin Menyala


  1. Paras minyak enjin yang tidak mencukupi...sekiranya minyak enjin terlalu sedikit, ini akan menyebabkan oil pump di dalam enjin tidak mampu untuk mengepam volume minyak yang benar-benar mencukupi. Ini adalah sangat-sangat merbahaya kepada komponen-komponen dalaman enjin. Ianya boleh mendatangkan risiko kerosakan yang besar dan serius. Periksa paras minyak enjin anda, sekiranya didapati paras minyak enjin terlalu sedikit, maka bolehlah anda menambahkan minyak enjin yang baharu.
  2. Kerosakan oil pump di dalam enjin...sekiranya pam minyak enjin mengalami kerosakan, ini akan menyebabkan sedikit atau tiada langsung minyak enjin yang dipam menuju ke komponen-komponen mekanikal enjin. Ujian tekanan pam perlu dilakukan. Mungkin juga oil pump perlu dibuka dan diperiksa. Hubungi mekanik anda untuk pemeriksaan lanjut.
  3. Kerosakan oil pressure switch...sekiranya oil pressure switch bermasalah, ianya juga boleh membawa kepada masalah lampu oil pressure gauge yang tak mahu padam-padam. Oil pressure switch yang bermasalah juga boleh menyebabkan lampu oil pressure gauge langsung tidak menyala semasa enjin belum dihidupkan. Hubungi mekanik anda untuk pemeriksaan atau penggantian komponen yang baharu.


Engine Oil Pump

Suis Tekanan Minyak Enjin
Oil Pressure Switch
foto : ebay




































2 Komen untuk "KENAPA LAMPU AMARAN TEKANAN MINYAK ENJIN MENYALA"

salam.. saya ada sedikit pertanyaan. lampu tekanan minyak hitam saya hanya menyala apabila rpm bawah 1k tapi bila kenderaan da gerak lampu tak nyala.. apa masalah ye??tolong dulu.. kereta persona 2008

Kemungkinan masalah oil pressure switch..ianya tak sepenuh rosak..namun tak sepenuhnya juga normal..lg pun oil pressure switch murah jer..cara bukak psg pun senang jer.
Biasanya masalah berkaitan lampu amaran tekanan minyak enjin, melibatkan oil pressure switch yg bermasalah..itu yang sering terjadi.
Tp oil pump yg bermasalah juga boleh jadi..cumanya sgt jarang laa..bukn takde berlaku..tp sgt jarang berlaku oil pump yg bermasalah.
Yg selalu bermasalah biasanya oil pressure switch.

Back To Top