7 KATEGORI KERETA LUMBA YANG PERLU DIKETAHUI


Kereta lumba ; suatu nama yang tidak asing bagi segelintir orang, terutama golongan remaja dan belia.

Kenderaan jenis ini dapat didefinisikan sebagai sebuah kenderaan yang telah dimodifikasi dan diubahsuai bagi maksud untuk memenuhi kehendak-kehendak jentera perlumbaan.

Diantara jenis-jenis jentera perlumbaan yang diminati adalah seperti kereta lumba turbo, supercharge, drift, sport dan bermacam-macam lagi.

Perlumbaan yang melibatkan kereta telah kali pertama direkodkan pada seawal tahun 1867.

Namun lama-kelamaan perlumbaan kereta telah bertukar menjadi suatu medan persaingan pembuat-pembuat kereta bagi menunjukkan kemampuan dan kehebatan jentera-jentera ciptaan mereka.

Baca : Sejarah Penciptaan Kereta

Kenderaan lumba dapat dibahagikan kepada beberapa kategori. Berikut disenaraikan beberapa kategori perlumbaan mesin-mesin automotif.

Kereta Lumba : Formula Racing


Kenderaan Perlumbaan Formula Racing

Formula racing, sebagai contoh formula one, adalah suatu bentuk perlumbaan yang melibatkan jentera satu tempat duduk. Mesin perlumbaan ini mempunyai aerofoil wings pada bahagian depan dan belakang.

Fungsi aerofoil wings adalah untuk menghasilkan downforce yang dapat meningkatkan kadar lekatan tayar pada permukaan jalan.

Jentera perlumbaan formula racing juga turut dikenali sebagai jentera open wheel, dimana kesemua tayar-tayar berada dalam keadaan terbuka.

Jentera-jentera perlumbaan, sebagai contohnya Formula One adalah dibina hampir sepenuhnya daripada komposit gentian karbon.

Jentera perlumbaan formula racing dapat dibahagikan kepada beberapa kategori. Antaranya ialah Formula One, Formula Two, Formula Three dan juga Formula Four.

Terbaharu terdapat juga jentera perlumbaan Formula Racing kategori Formula E..Jentera perlumbaan Formula E adalah dikuasakan sepenuhnya oleh enjin elektrik.

[sumber]

Kereta Lumba : Street Racing


Kenderaan Perlumbaan Street Racing
foto : sumber

Kereta lumba dari kategori street racing adalah sesuatu perlumbaan yang popular dikalangan remaja, belia dan muda-mudi. Perlumbaan street racing juga dikenali sebagai perlumbaan yang tidak sah.

Perlumbaan ini adalah sesuatu yang menyalahi undang-undang. Namun terdapat juga perlumbaan street racing yang dilakukan secara sah dan dibenarkan oleh pihak-pihak berkuasa tempatan.

Perlumbaan street racing biasanya sering dilakukan diatas jalan-jalan raya, jalan-jalan pinggir bandar dan tidak kurang juga diatas jalan-jalan lebuhraya.

Contoh-contoh perlumbaan street racing dapat dilihat seperti melalui filem Fast & Furious dan juga filem Need For Speed.

Perlumbaan street racing yang dilakukan secara tidak sah adalah sesuatu yang berisiko dan merbahaya. Perlumbaan seperti ini adalah perbuatan yang menyalahi undang-undang.

Selain dari itu juga perlumbaan street racing turut membahayakan pengguna-pengguna jalan raya yang lain. Seringkali juga kedengaran di dada-dada akhbar kemalangan yang berpunca dari street racing turut membabitkan dan mengorbankan pengguna-pengguna jalan raya yang tidak berdosa.

[sumber]

Kereta Lumba : Endurance Racing


Kenderaan Perlumbaan Endurance

Sejenis sukan permotoran yang sering dikenali sebagai perlumbaan 12 jam ataupun perlumbaan 24 jam.

Kebiasaannya perlumbaan endurance mempunyai beberapa orang pemandu dalam tiap-tiap pasukan. Ketahanan mental dan fizikal jentera serta pemandu adalah sangat-sangat penting dalam perlumbaan jenis ini.

Perlumbaan endurance sangat dikenali sebagai sukan permotoran yang benar-benar menguji ketahanan dan kemampuan peserta bersama-sama jentera mereka.

Salah satu contoh perlumbaan endurance adalah seperti Le Mans 24 Hours didalam WEC (World Endurance Championships).

Perlumbaan endurance terkenal sebagai sukan permotoran yang sering meliputi jarak perlumbaan sangat panjang dan jauh. Sebagai contoh, kejohanan sejauh 1000 km selama 12 jam.

Di sepanjang kejohanan pertukaran pemandu akan sering dilakukan agar pemandu yang telah beraksi dapat direhatkan pula.

Baca : Apakah Fungsi Alternator Pada Kenderaan

Kereta Lumba : Touring Racing


Kenderaan Perlumbaan Touring Race


Hampir kesemua kereta-kereta yang menyertai perlumbaan touring racing didatangkan dengan persamaan kereta dan spesifikasi yang hampir sama.

Kereta lumba jenis ini sering berlumba dan bersaing sesama sendiri di pelbagai kejohanan besar di litar-litar terkemuka seluruh dunia.

Salah satu keunikan perlumbaan touring dimana ianya sering mengguna pakai kenderaan-kenderaan heavily modified yang pada asalnya banyak berada di jalan-jalan raya. Pada setiap kejohanan pula boleh berakhir diantara 3 ke 24 jam perlumbaan.

Kereta Lumba : Rally


Kenderaan Perlumbaan Rally

Rally adalah sejenis perlumbaan yang mewajibkan setiap kereta untuk berlumba secepat yang mungkin dari satu point ke satu point yang telah ditetapkan.

Perlumbaan rally dilakukan di atas jalan tanah semulajadi. Ianya bukanlah sejenis sukan permotoran yang berlangsung di litar-litar perlumbaan.

Setiap pasukan mungkin berada di mana-mana sahaja dalam jarak lingkungan sekitar 7 ke 30 kilometer.

Jarak perlumbaan berkisar diantara 50 ke 300 kilometer. Setiap kejohanan kebiasaannya memakan masa selama beberapa hari.

Perlumbaan rally adalah sejenis sukan permotoran berpasukan. Setiap pasukan terdiri daripada seorang pemandu dan seorang pemandu arah (co-driver / navigator).

Seksyen perlumbaan dikenali sebagai Special Stages dan akan ditutup kepada semua lalulintas bukan rally. Semasa diluar perlumbaan, setiap pasukan mungkin akan melalui jalan-jalan raya biasa.

Seperti juga pemandu-pemandu lain, mereka mesti mematuhi semua undang-undang lalulintas dan juga had laju. Perlumbaan rally hanya berlangsung disiang hari dan akan dihentikan apabila malam.

Kereta Lumba : Drag


Kenderaan Perlumbaan Drag










Perlumbaan drag adalah merupakan perlumbaan diantara dua atau lebih kereta lumba. Perlumbaan jenis ini hanya dilakukan di jalan yang lurus dan pada jarak yang dekat. 

Perlumbaan drag bertujuan untuk melihat siapakah yang lebih dahulu sampai ke garisan penamat dengan pecutan secepat mungkin. Di Malaysia pula perlumbaan drag lebih dikenali sebagai perlumbaan Sprint Test.

Matlamat utama perlumbaan ini adalah untuk menguji kepantasan pecutan sesuatu jentera drag. Perlumbaan drag tidak hanya melibatkan jentera-jentera automotif, ianya juga turut melibatkan perlumbaan motosikal.

Baca : 6 Jenis Tayar Kereta Wajib Diketahui

Kebiasaannya jarak perlumbaan hanyalah sejauh 402 meter sahaja. Namun admin pernah juga terdengar di sesetengah tempat, ada juga perlumbaan yang hanya berlangsung dengan jarak sependek 305 meter sahaja.

Perlumbaan drag turut melibatkan penggunaan peralatan cangggih seperti electronic timing dan sistem speed sensing. Penggunaan peralatan moden penting untuk merekod keputusan perlumbaan.

Kereta Lumba : Drift


Kenderaan Perlumbaan Drift

Perlumbaan drift adalah suatu perlumbaan dimana pemandu secara sengaja melakukan teknik pemanduan secara oversteers.

Teknik pemanduan seperti ini mempengaruhi pemandu untuk memusing pusingan stereng kereta yang lebih tajam daripada kebiasaan.

Teknik oversteers akan mengakibatkan kehilangan cengkaman tayar belakang ataupun kesemua tayar namun pada masa yang sama pemandu akan mengekalkan kawalan bagi keseluruhan sudut pusingan.

Roda hadapan akan ditala ke arah bertentangan dengan sudut seretan kenderaan. Teknik ini juga turut dikenali sebagai opposite lock ataupun counter-steering.

[sumber]

Jika ditanya kepada admin, apakah bentuk-bentuk perlumbaan yang admin minati??...Sudah tentu jawapannya adalah drag.

Ya, memang benar, admin sangat meminati jentera perlumbaan kategori drag, ataupun biasanya di Malaysia disebut sebagai perlumbaan Sprint Test.

Anda pula bagaimana?? Apakah jenis-jenis kereta lumba yang anda minati?? Ataupun adakah anda seorang yang expert di dalam sesuatu kategori yang dinyatakan?? Kongsikannya bersama-sama kami di ruangan komen.













Tag : Information
0 Komen untuk "7 KATEGORI KERETA LUMBA YANG PERLU DIKETAHUI"

Back To Top