APA JADI KALAU TIMING BELT PUTUS


Apa jadi kalau timing belt putus ; suatu ungkapan yang agak menakutkan bagi segelintir pemilik kenderaan. Kenapa perlu takut?? Kerana ianya akan menyebabkan wang poket terbang melayang.

Hampir 70% daripada kenderaan (terutamanya kereta) menggunakan timing belt. Namun terdapat juga kenderaan-kenderaan yang menggunakan timing chain. Bagi kenderaan timing chain pula, ianya agak sedikit lasak dari segi ketahanan. Salah satu kelebihan bagi kenderaan timing chain.


Timing Belt Putus : Apakah Timing Belt ?


Timing Belt adalah merupakan salah satu komponen enjin yang utama. Ianya diletakkan pada konfigurasi tertentu, kebiasaannya di sisi enjin. Fungsi utamanya untuk menggerakkan komponen-komponen pada bahagian atas enjin terutama camshaft agar seiringan dengan pergerakan crankshaft yang berada di bahagian bawah enjin.

Contoh Gambaran Timing Belt Pada Enjin


Sabuk Pemasaan
foto : flickr

Binaan asas enjin terbahagi kepada dua bahagian yang utama. Pada bahagian atas dipanggil sebagai head ataupun cylinder head. Pada bahagian bawah pula dipanggil sebagai block ataupun cylinder block.


Head & Block
foto : sensorprod

Kedua-dua bahagian utama enjin ini menyatu menjadi satu unit. Pergerakan komponen dalaman kedua-duanya terpisah diantara satu sama lain dan timing belt-lah yang menghubungkan pergerakan komponen diantara block dan head agar seiringan.

Video Animasi Bagaimana Timing Belt 
Menghubungkan Pergerakan Dari 
Block Ke Head




Admin beranggapan sekarang anda telah pun mengetahui apakah timing belt dan apakah fungsinya. Jadi bagaimana? Penting atau tak ianya pada enjin? Sudah tentulah ianya penting pada enjin kan.

Sebenarnya timing belt ni kalau diberi perhatian secukupnya, ia tidak mendatangkan apa-apa masalah pun. Yang menjadi masalah bila ianya tidak diberi perhatian ataupun dilupakan. Hahh!! yang ni bahaya. Bahaya kepada wang poket anda.


Masalah timing belt putus sebenarnya memang boleh dielakkan. Anda cuma perlu peka kepada jadual maintenance kenderaan anda sahaja. Jadual maintenance ataupun penyelenggaraan biasanya boleh didapati daripada buku manual pengguna.

Timing belt tergolong dalam kategori komponen pakai buang. Ianya bukanlah suatu komponen yang boleh diguna pakai untuk selama-lamanya. Komponen ini mempunyai jangka hayat ataupun expired date-nya yang tersendiri.

Sabuk Pemasaan
foto : amazon

Pada kebiasaannya komponen ini perlu ditukar kepada yang baharu setelah beberapa puluh ribu kilometer perjalanan. Jumlah kilometer yang tepat adalah berbeza-beza diantara satu pengeluar ke satu pengeluar kenderaan. Anda boleh memastikannya melalui buku manual pengguna ataupun bertanya kepada mekanik anda.

Secara anggaran purata komponen ini perlu ditukar setelah kenderaan mencapai 60,000 hingga ke 120,000 kilometer perjalanan. Namun harus diingat, ini hanyalah anggaran kasar secara umum sahaja. Jumlah kilometer yang tepat adalah berbeza-beza diantara satu pengeluar ke satu pengeluar kenderaan.


Kesan Timing Belt Putus


Seperti yang telah diketahui sebelum ini, timing belt amat penting untuk memastikan kesinambungan pergerakan komponen-komponen enjin. Sekiranya ia tidak ditukar apabila sudah mencapai jangka hayat yang ditetapkan, maka anda akan meletakkan kenderaan anda ke dalam risiko kerosakan.

Kebiasaannya penyebab timing belt putus yang utama adalah kerana ianya terus menerus digunakan walaupun telah melebihi jangka hayat dan expired date yang tertentu.

Sekiranya komponen ini diguna pakai sehingga melebihi jangka hayat yang disyorkan, beberapa tanda-tanda kegagalan fungsi akan dan bakal berlaku, kebiasaannya :

  • Timing Belt putus
  • Tooth Wear
  • Back Cracks

Sabuk Pemasaan Rosak
Sabuk Pemasaan Kehausan Gigi
Sabuk Pemasaan Retak Belakang
foto : pfeiferindustries

Kegagalan fungsi timing belt akan memberi kesan kerosakan yang besar kepada enjin. Kebiasaannya dalam kebanyakkan situasi ianya akan menyebabkan masalah valve enjin menjadi bengkok atau patah.


Tentu anda sudah melihat video animasi yang ditunjukkan sebelum ini. Begitulah keadaannya yang akan berlaku sekiranya timing belt mengalami kegagalan fungsi ataupun putus.

Injap Enjin Bengkok
Gambaran valve bengkok
Injap Enjin Baharu
Gambaran valve baharu
foto : amazon

Apakah gejala timing belt bermasalah ?? 

Ciri-ciri timing belt bermasalah adalah sesuatu perkara yang sukar untuk diramalkan. Ini adalah kerana ianya tidak dapat dilihat, tidak dapat didengar dan tidak dapat dirasai.

Tidak dapat dilihat membawa maksud kerana ianya berada di dalam enjin. Kebiasaannya kedudukan timing belt berada, ditutup atau dilindungi oleh suatu cover (perumah) khas yang sering dipanggil sebagai timing belt cover.

Perumah Sabuk Pemasaan
foto : youtube

Maka oleh sebab itulah gejala timing belt bermasalah adalah agak sukar untuk diramalkan dengan penglihatan mahupun pendengaran.

Kesimpulannya tak perlulah apa-apa gejala atau tanda-tanda yang perlu dipelajari atau difahami. Apa yang paling penting untuk diketahui ialah bilakah timing belt anda perlu diservis dan ditukar. Apabila telah sampai masanya terus lakukan sahaja.


































2 Komen untuk "APA JADI KALAU TIMING BELT PUTUS"

Blum sampai satu tahun tukar timing belt .Skarang km baru 20000 lebih..timing belt putus..

mesti ada sbb dia jadi camtu..masa pomen bukak, dia ada nmpk apa2 masalah tak?? cth mcm ada kebocoran oil seal ke?

Back To Top