Drive shaft kereta tercabut, satu fenomena yang agak pelik untuk didengari. Walaupun ianya agak pelik, agak jarang kedengaran, tetapi tidak bermakna ianya mustahil dan tidak pernah berlaku.
Apa yang ingin admin kongsikan adalah dari pengalaman admin sendiri. Kejadian drive shaft tercabut ni berlaku beberapa tahun yang lalu. Bila difikir-fikirkan balik, agak menakutkan juga. Moga-moga kejadian sebegini tidak berulang kembali.
Apa yang ingin admin kongsikan adalah dari pengalaman admin sendiri. Kejadian drive shaft tercabut ni berlaku beberapa tahun yang lalu. Bila difikir-fikirkan balik, agak menakutkan juga. Moga-moga kejadian sebegini tidak berulang kembali.
Apakah Fungsi Drive Shaft Kereta
Drive shaft kereta atau dalam bahasa Malaysia dipanggil sebagai aci pemacu, adalah merupakan suatu komponen pada kenderaan dalam kategori drivetrain system.
Komponen ini adalah merupakan penghubung kuasa enjin dari sistem transmisi ke tayar. Sebagai contoh mudah ialah sebuah motosikal. Aci pemacu boleh diibaratkan seperti rantai motosikal. Ianya menghubungkan kuasa dari enjin untuk terus dihantar ke tayar.
Sebelum kita berbicara lebih jauh, suka untuk diingatkan bahawa terdapat sedikit perbezaan maksud bagi aci pemacu sebutan English US vs English UK.
Bagi English UK, drive shaft kebiasaannya membawa maksud aci pemacu untuk roda hadapan. Kebiasaannya juga rakyat Malaysia sering menggunakan istilah ini. Mungkin juga kerana kebanyakkan kereta buatan Malaysia adalah jenis pacuan roda hadapan.
Manakala bagi English US, drive shaft pula membawa maksud aci pemacu untuk gandar (axle) belakang. Sebahagian besar rakyat Malaysia tidak menggunakan istilah sebegini. Untuk roda belakang kita biasa menggunakan istilah propeller shaft ataupun ramai juga yang menyebut sebagai long shaft sahaja.
Manakala bagi English US, drive shaft pula membawa maksud aci pemacu untuk gandar (axle) belakang. Sebahagian besar rakyat Malaysia tidak menggunakan istilah sebegini. Untuk roda belakang kita biasa menggunakan istilah propeller shaft ataupun ramai juga yang menyebut sebagai long shaft sahaja.
Maka untuk artikel kali ini kita akan menggunakan istilah yang sekian lama kita gunakan iaitu drive shaft kereta membawa maksud aci pemacu untuk roda hadapan.
Aci pemacu untuk roda hadapan ada dua. Satu pada tayar sebelah kanan manakala satu lagi pada tayar sebelah kiri. Kedua-dua aci pemacu ini menjadi penghubung kuasa dari enjin ke tayar kenderaan. Kenderaan jenis ini juga sering dipanggil sebagai kenderaan FWD (Front Wheel Drive).
foto : 4shared |
foto : napaonline |
Seiring dengan perjalanan masa, aci pemacu juga akan mengalami kehausan dan kerosakan. Namun ianya tidaklah terjadi serta merta, tetapi akan merosot dari masa ke semasa.
Sekiranya tanda-tanda kerosakan aci pemacu tidak segera diperbaiki, ianya boleh mengundang bahaya.
Baca : Harga Terkini Kereta Baharu Di Malaysia 2016
Paling bahaya jika ianya tercabut. Aci pemacu tercabut amat jarang berlaku. Namun tidak mustahil ianya tidak berlaku dan sememangnya ia ada berlaku.
Kejadian aci pemacu tercabut memang pernah terjadi. Ini daripada pengalaman admin sendiri. Ianya berpunca daripada kerosakan bearing CV Joint yang dibiarkan berpanjangan. Insiden tersebut telah menyebabkan separuh daripada perumah gearbox pada enjin pecah. Kenderaan yang terlibat juga telah terbabas hingga ke bahu jalan.
Kejadian aci pemacu tercabut memang pernah terjadi. Ini daripada pengalaman admin sendiri. Ianya berpunca daripada kerosakan bearing CV Joint yang dibiarkan berpanjangan. Insiden tersebut telah menyebabkan separuh daripada perumah gearbox pada enjin pecah. Kenderaan yang terlibat juga telah terbabas hingga ke bahu jalan.
Gambaran Aci Pemacu Pada Kenderaan
foto : flickr |
Contoh Mudah Menguji Fungsi Aci Pemacu
Salah Satu Punca Kerosakan Drive Shaft Kereta
Salah satu punca kerosakan drive shaft kereta yang paling umum ialah getah bootnya pecah atau terkoyak. Aci pemacu mempunyai dua getah boot di kedua-dua hujungnya. Di dalam boot tersebut mengandungi minyak gris yang berfungsi sebagai pelinciran utama.
Seiring dengan peredaran masa, getah boot tersebut lama-kelamaan akan haus dan akhirnya pecah terkoyak. Apabila boot mulai pecah atau terkoyak, maka secara perlahan-lahan minyak gris di dalamnya akan bocor keluar dan berkurangan.
Minyak gris yang keluar daripada boot lama-kelamaan akan menyebabkan bearing CV Joint di dalamnya mengalami kehausan dan kerosakan.
foto : amazon |
Minyak gris yang keluar daripada boot lama-kelamaan akan menyebabkan bearing CV Joint di dalamnya mengalami kehausan dan kerosakan.
Namun terdapat juga beberapa keadaan dimana boot aci pemacu tidak pecah atau bocor, tetapi bearing-bearing di dalamnya mengalami kerosakan. Salah satu punca keadaan ini adalah gris yang berada di dalamnya tidak lagi berfungsi, gris tersebut telah membeku.
Baca : Tanda-Tanda Kegagalan Alternator dan Cara Asas Menguji Fungsinya.
Baca : Tanda-Tanda Kegagalan Alternator dan Cara Asas Menguji Fungsinya.
Sebagai informasi dan tips tambahan, admin mencadangkan kepada anda semua, jika anda datang ke bengkel kereta bagi tujuan penukaran boot yang baharu, bolehlah ditambahkan sedikit minyak gearbox manual di dalam boot tersebut bersama-sama grisnya.
Sebenarnya pelinciran bearing-bearing drive shaft kereta sudah memadai dengan penggunaan grisnya sendiri. Apa yang admin perkatakan ini hanyalah sebagai informasi, tips dan penjagaan tambahan yang admin perolehi dari rakan-rakan mekanik yang lain.
Contoh Gambaran Bearing Pada Aci Pemacu
foto : ntnamericas |
Campuran sedikit minyak gearbox manual bersama-sama dengan minyak gris bertujuan untuk mengekalkan gris dalam keadaan cair. Campuran gris dan minyak gearbox manual dapat mengelakkan situasi gris membeku di dalam boot aci pemacu.
Namun tips ini bergantung juga kepada mekanik anda. Lain padang lain belalangnya. Admin hanya menyarankan apa yang pernah admin buat untuk memanjangkan lagi jangka hayat drive shaft kereta sendiri.
Tag :
Drivetrain System
6 Komen untuk "BOLEHKAH DRIVE SHAFT KERETA TERCABUT"
assalam tuan..blog yg bagus n amat brguna..driveshaft sy sebelah luar getah dh terkoyak..jika sy buka driveshaft hyundai atos gearbox auto bahgian pemandu ada masalah tak pada housing trip gearbox? boleh tak tuan terangkan cara2 keluarkan driveshaft pd housing trip gearbox..harap membantu..t.kasih...
assalam tuan..t.kaseh atas info yg berguna..boleh tuan terangkan cara2 keluarkan driveshaft gearbox auto kereta hyundai atos pada housing trip inner cv joint.ada oil seal tak kat housing gearbox? harap mmbantu sy..t.kaseh...
wkslm..oil seal mesti ada..utk terangkan cara nk buka melalui perkataan adalah agak sukar..kerana ini melibatkan kemahiran tgn..namun anda boleh rujuk video ini https://www.youtube.com/watch?v=jydxpsh13WQ ..masa nk cabut drive shaft dr gearbox dia guna screwdriver bengkok, tp boleh juga guna pahat..utk bg drive shaft keluar dn lekang dr gearbox adakalanya perlu dikenakan tekanan sikit dgn pahat.
Assalam semua,moga tuan2 dapat membantu masalah saya,adakah punca drive shaft gear pada kereta auto gagal berfungsi? Atau pun gearbox yg gagal berfungsi? Sebab kereta saya model hyundai matrix auto saya masuk semua gear R D 2 L semua tak jalan. Tanda lampu indicator check engine pon tidak menyala. Harapa dapat membantu saya. Untuk mengelakkan daripada ditipu oleh kedai.
daripada simtom2 yg saudara bgtahu..kemungkinan besarnya dr masalah gearbox auto itu sendiri.
Artikel yang baik