Minyak gearbox manual ; salah satu bahagian yang penting pada engine transmission system (sistem transmisi kenderaan / kereta anda).
Ianya adalah berbeza berbanding minyak gear auto (minyak ATF) dimana minyak manual transmission hanya dicipta khas untuk kenderaan bertransmisi manual sahaja.
Sebagai pengguna kenderaan...adalah tanggungjawab anda untuk mengetahui serba sedikit mengenai kenderaan sendiri. Pengetahuan asas adalah penting untuk penjagaan dan penyelenggaraan yang sempurna.
Kegagalan penjagaan minyak yang baik boleh mendatangkan kerosakan kepada gearbox, antaranya masalah gear tendang balik atau gear susah masuk.
Ramai juga dikalangan pembaca yang ingin mempelajari cara-cara tukar minyak gearbox, serius kami katakan, ianya mudah jer sebenarnya.
Mungkin dengan hanya mempelajarinya dari youtube anda sudah mampu untuk melakukannya sendirian.
Admin masih teringat kembali zaman mula-mula menjadi foreman dahulu. Memang bersemangat sungguh. Maklumlah masa tu baru kerja kan, banyak sungguh yang ingin dipelajari dan dikuasai.
Berbalik semula ke gearbox manual. Memang dari dahulu lagi admin mengetahui minyak gearbox manual ada dua jenis.
Satu SAE 90 dan satu lagi SAE 140, yang 140 untuk axle (secara umum jerr lah, walaupun ada banyak lagi dari jenis multigrade pula).
Minyak SAE 90 sesuai untuk gearbox kenderaan pacuan hadapan yang menggunakan drive shaft manakala minyak SAE 140 sesuai untuk gandar (axle) kenderaan pacuan belakang yang menggunakan propeller shaft.
Ni memang yang admin ketahuilah secara umum.
Baca : Cara Asas Menguji Fungsi Alternator
Memang dari dahulu lagi, kalau katakan minyak SAE 90, walau dari apa brand sekalipun, admin tak kisah sangat pun, asalkan SAE 90, semuanya pasti boleh untuk kegunaan gearbox manual kenderaan pacuan roda hadapan.
Memang itu yang admin tahu. Memang itu yang diajarkan masa admin mula-mula belajar course kemahiran MLVK dahulu. Memang itu juga yang ditunjukkan oleh foreman-foreman otai masa admin mula-mula bekerja dahulu.
Sebenarnya minyak gearbox manual terdapat dalam beberapa kelas tertentu, dan semuanya mempunyai sedikit perbezaan diantara satu sama lain.

foto : amazon |

Pemilihan Tepat Minyak Gearbox Manual

foto : snapdeal |
foto : mos |
Sebenarnya minyak gearbox manual terdapat dalam beberapa kelas tertentu, dan semuanya mempunyai sedikit perbezaan diantara satu sama lain.
Kelas yang admin maksudkan adalah penggredan API GL (American Petroleum Institute - Gear Lubricant). Minyak transmisi manual terdapat dalam pelbagai kelas API GL.
Bermula dari API GL-1 , API GL-2 , API GL-3 , API GL-4 , API GL-5 dan API GL-6.
Namun walau bagaimanapun penggredan API GL yang admin perasan di pasaran Malaysia adalah API GL-4 dan API GL-5. Yang lain-lain tu admin kurang pasti sama ada terdapat atau tidak dalam pasaran Malaysia.
Jika ada tolong komen dan share yer..Admin juga manusia biasa yang tidak mungkin mengetahui semua perkara. Jangan kedekut ilmu taww..

foto : liqui-moly |
Minyak Gearbox Manual API GL-4 vs API GL-5
Sebenarnya jika mengikut pendapat admin penggunaan minyak API GL-4 dan API GL-5 adalah tidak sama. Jika kedua-duanya sama jer, kenapa grednya berasingan, kenapa grednya dipisahkan, kenapa tidak dibuat satu gred jer??
Baca : Sejarah Penciptaan Kereta
Mengikut pemahaman mudah admin, minyak API GL-4 kebiasaannya digunakan pada kekotak gear synchromesh yang mempunyai gegelang synchronizer.
Manakala minyak API GL-5 pula kebiasaannya digunakan pada kekotak gear non synchromesh yang tidak mempunyai gegelang synchronizer. Contoh paling mudah adalah kekotak gear axle (differential).
Senang cerita minyak gearbox manual API GL-4 hanya sesuai untuk kekotak gear dari jenis synchromesh.

Synchromesh Gearbox Manual |
Synchronizer Ring Gearbox Manual |
Differential Gear |
Senang cerita minyak gearbox manual API GL-4 hanya sesuai untuk kekotak gear dari jenis synchromesh.
Manakala minyak API GL-5 pula hanya sesuai untuk differential gear. Minyak API GL-5 juga kebiasaannya sesuai untuk non-synchromesh transmissions and transaxles.
Apa akan terjadi jika kekotak gear synchromesh menggunakan minyak API GL-5 ???
Kedua-dua minyak API GL-4 dan API GL-5 masing-masing mempunyai bahan aditif tambahan anti-kehausan (sebagai contoh sulfur & phosphorous). Namun pada minyak API GL-5 aditif anti-kehausan tersebut adalah lebih kuat berbanding minyak API GL-4.
Aditif anti-kehausan yang lebih kuat adalah lebih baik untuk memberi perlindungan kepada gear, bearing dan shaft.
Namun walau bagaimanapun aditif anti-kehausan yang lebih kuat akan memberikan impak negatif kepada logam-logam lembut.
Logam-logam lembut yang dimaksudkan ialah synchronizer ring.
Synchronizer ring kebiasaannya diperbuat daripada loyang atau tembaga. Jika minyak API GL-5 digunakan pada gearbox synchromesh yang mempunyai synchronizer ring, ada impak negatif yang akan berlaku.

Synchronizer Ring |

Minyak API GL-5 bersama-sama aditif anti-kehausan yang lebih kuat, sedikit demi sedikit akan menghakis dan menghauskan synchronizer ring secara perlahan-lahan.
Ianya tidak akan merosakkan synchronizer ring dalam jangka masa yang singkat, namun istilah admin Teratak Info pernah dengar ialah 'slow death'.
Maka oleh sebab itulah admin mengingatkan sekali lagi "JANGAN TERSILAP MEMILIH MINYAK GEARBOX MANUAL".
Tetapi bagaimana pula dengan minyak yang mengclaim ianya menepati kedua-dua standard API GL-4 dan API GL-5 sekaligus?? Haa..kalau yang macam ni admin no comment.
Namun admin pernah juga terdengar pendapat yang mengatakan minyak yang menepati kedua-dua standard API GL-4 dan API GL-5 sekaligus, sebenarnya ianya adalah API GL-5.
Pendapat admin seelok-eloknya gunakan minyak yang lebih specific sahaja.
PENAFIAN :
Namun walau bagaimanapun informasi ini adalah secara umum sahaja. Untuk maklumat yang lebih tepat sila rujuk buku manual pengguna kenderaan anda. Kemungkinan spesifikasi-spesifikasi tertentu adalah berbeza-beza diantara pengeluar ke pengeluar kenderaan.

Tag :
Lubrication System
0 Komen untuk "JANGAN TERSILAP MEMILIH MINYAK GEARBOX MANUAL"