FUNGSI SHOCK ABSORBER


Apakah fungsi shock absorber ; salah satu komponen kenderaan yang tergolong di dalam kategori suspension system (sistem penggantungan), ataupun dalam Bahasa Melayu disebut sebagai penyerap kejutan.

Penyerap kejutan berfungsi untuk menyerap hentaman, mengawal pergerakan spring dan keseluruhan sistem suspension.

Semua penyerap kejutan mempunyai bendalir hidraulik. Sama ada ianya jenis minyak atau gas, kedua-duanya tetap menggunakan bendalir hidraulik. Perbezaan hanya pada jenis gas, dimana ianya disuntik dengan nitrogen.


Fungsi Penyerap Kejutan


Apakah Fungsi Shock Absorber Pada Kenderaan


Fungsi shock absorber ataupun panggilan ringkasnya absorber, berfungsi untuk mengawal pergerakan spring dan juga sistem penggantungan (suspension). 

Komponen ini secara sendiri akan menyesuaikan fungsinya dengan pelbagai bentuk muka bumi. Semakin tinggi rintangan yang dihasilkan olehnya, bermaksud semakin pantas suspension bergerak. 

Fungsi lain penyerap kejutan pula adalah untuk memastikan permukaan tayar sentiasa bertemu dengan permukaan jalan.

Ketiadaan komponen ini boleh menyebabkan ketidakselesaan pemanduan. Kenderaan juga agak sukar dikawal apabila melalui permukaan jalan yang berbonggol dan tidak rata.

Baca : Kereta Lumba

Penyerap kejutan adalah sejenis ciptaan yang direkacipta untuk menyerap shock impulses. Tenaga kinetik yang terhasil akan ditukar kepada bentuk tenaga yang lain, kebiasaannya kepada tenaga haba.

Tenaga haba yang terhasil pula akan diserap atau dilepaskan ke udara melalui bendalir hidraulik dan dinding silinder.

Semua fungsi shock absorber adalah dengan cara yang hampir sama. Di dalamnya terdapat piston yang bergerak pada tiub yang mengandungi bendalir hidraulik. Semasa piston bergerak, bendalir hidraulik dipaksa untuk melepasi liang-liang kecil dan injap pada piston

Jumlah rintangan kepada pergerakan dikawal oleh liang-liang kecil dan injap pada piston. Rintangan yang terbentuk akan bertukar menjadi haba lalu dilepaskan ke udara melalui bendalir hidraulik dan dinding silinder.

Fungsi Penyerap Kejutan Monotube


Adalah disyorkan fungsi shock absorber diperiksa pada setiap 20,000km perjalanan, dan ditukar kepada yang baharu pada setiap 80,000km perjalanan.


Penyerap kejutan juga disyorkan ditukar sepasang setiap kali membuat penukaran. Apabila sebelah telah menunjukkan tanda-tanda kerosakan, maka kelazimannya yang sebelah lagi juga turut menghampiri masalah yang sama.









                                       



                                      




















1 Komen untuk "FUNGSI SHOCK ABSORBER"

Back To Top